SEJARAH PENUBUHAN SK BUKIT SEROK

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Serok bersempena dengan nama kampung ini. Pada ketika itu, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ). Sebelum sekolah ini dibina, murid – murid sekolah ini bersekolah di Kampung Bukit Serok Lama.

Pada peringkat awal, sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok. Ia telah dibina dengan menggunakan dinding kulit kayu dan beratapkan daun nipah. Semasa murid – murid tahun pertama memulakan persekolahan, sekolah ini masih lagi dalam pembinaan. Peralatan asas tidak mencukupi dan tidak lengkap sepenuhnya. Ketika itu, murid – murid hanya duduk di atas bangku kayu yang dibuat oleh penduduk kampung.

Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah tanpa sekatan dinding. Pada peringkat awal, cuma terdapat seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Yusof Abdullah. Kemudian beliau telah dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang juga orang tempatan iaitu Cikgu Chupak ( kini Batin Chupak ) dan Cikgu Lolam.

Selepas Cikgu Yusof meletakkan jawatan pada tahun 1968, sekolah ini telah menerima dua orang tenaga pengajar dari JHEOA. Dalam tahun tersebut juga sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah dibina oleh JHEOA. Pihak jabatan juga membina sebuah bangunan asrama, dewan makan dan dapur. Asrama ini dibina bertujuan untuk menampung murid – murid miskin dan yang tinggal jauh dari sekolah.

Pada tahun 1971, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sebahagian daripada pengurusan sekolah dari JHEOA. Sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru pada tahun 1989, termasuk sebuah asrama ( Asrama Desa ), dewan makan dan dapur. Selepas itu, pada tahun 1990, sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat pula. Ia mengandungi enam buah bilik darjah dan mula digunakan pada tahun 1995. Pada bulan September 1998, penantian pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah kantin akhirnya tercapai jua. Walaubagaimanapun saiz kantin yang ada sekarang kurang selesa dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.

Bulan Januari 2002, sekolah telah mendapat dua blok bangunan tambahan dan juga bangunan asrama yang boleh menampung 100 orang penghuni. Bangunan ini telah mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2004.

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK BUKIT SEROK SESI 2011

1. EN. HALIM B. JAMALUDIN - GURU BESAR



2. TN. HJ. MOHD. NORDIN B. MOHD. NOOR - GPK PENTADBIRAN



3. EN. KAMARZAMAN B. HJ. BAHARUDDIN - GPK HEM



4. EN. MOHD. JANI B. SIKAS - GPK KOKURIKULUM



5. EN. MOHAMMAD B. IBRAHIM - GURU PERPUSATAKAAN MEDIA



6. EN. BAHARUDDIN B. HASSAN - SU PEPERIKSAAN



7. EN. MOHD. ASRI B. YAACOB - GURU DATA



8. PN. HAMSARIZAH BT. HAMZAH - GURU PEMULIHAN



9. CIK FARAH WAHEEDA BT. JOHARI - GURU PRA SEKOLAH



10. YM HJH. TG. NORHADZAN BT. TG. IBRAHIM - KP BAHASA MELAYU
11. CIK NURUL FARIDAH AMINAH BT. MOHAMED -
KP BAHASA INGGERIS
12. EN. MOHD. HASWARI B. HASSAN -
KP MATEMATIK
13. EN. ZULKHAUBRI B. ABD. GHANI -
KP SAINS
14. USTAZ R. ISMAIL B. AHMAD -
KP PENDIDIKAN ISLAM
15. PN. NOORMAZIANIE BT. NORYA -
KP PENDIDIKAN MORAL
16. PN. ROSNAH BT. MANAB -
KP PENDIDIKAN SENI
17. PN. KAMSIAH BT. TAPIS -
KP PENDIDIKAN MUZIK

18. PN. HJH. ZULHARANI BT. HASHIM - KP PENDIDKAN SIVIK
19. PN. FAIZAH BT. ROSLAN
20. PN. ROHANI BT. YASIN
21. EN. ZAINAL RIDZUAN B. ZAINAL ABIDIN
22. PN. NORMARIANA BT. MAT JAIS
23. PN. FARAHIYAH BT. MOHAMAD
24. CIK ZAM ZANIZAH BT. YATIM

25. CIK ATIQAH BT. SUKIRAN - GURU J - QAF

26. PN. ZAIDATUN HASIMA BT. SA'ADAN - PEMBANTU TADBIR

27. EN. MUHD. SHAHIR B. HAMZAH - PENYELIA ASRAMA
28. PN. ROSNAH BT. IBRAHIM - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( ASRAMA )
29. CIK MARAZILA - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( ASRAMA )
30. PN. NOR IDAYU - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( PRA SEKOLAH )
31. EN. SANI B. JUSOH - PEMBANTU AM PEJABAT



Saturday, February 19, 2011

JAMUAN PERPISAHAN

Encik Khairul Akbar B. Haji Ab. Hamim


Puan Hajjah Jamiah Bt. Haji Wahidin


Kelab Guru dan Kakitangan SK Bukit Serok telah mengadakan Jamuan Perpisahan pada 19 FEBRUARI 2011 bersamaan hari SABTU bertempat di KANTIN SEKOLAH untuk dua orang gurunya yang telah berpindah ke sekolah yang baru.

Dua orang guru yang diraikan adalah PUAN HAJJAH JAMIAH BT. HAJI WAHIDIN dan ENCIK KHAIRUL AKBAR B. HAJI AB. HAMIM. Semoga jalain persaudaraan kita akan terus terjalin biarpun kita berjauhan.

Terima kasih Cikgu !

ACARA JEMPUTAN 4 X 100 m SUKAN TAHUNAN SK KERATONG 2




















Hari : SABTU

Tarikh : 19 FEBRUARI 2011

Tempat : PADANG SEKOLAH SK KERATONG 2


SK Bukit Serok telah menerima jemputan untuk menyertai acara tersebut. Untuk itu, pihak sekolah telah menghantar pasukan lelaki yang terdiri daripada SHAHRUL NIZAM SUDIR HALIM, JAINI ALI, RAGAPPAN SELVARATNAM dan ZULKIFLI RAIBIN serta pasukan perempuan yang terdiri daripada NURHAIANI NORIS, INTAN NABILAH MOHAMED, UMI NORASSEKIN ROSLI dan SHAMIRA AIDA MOKHTAR untuk menyertai acara jemputan 4 X 100 m.

Turut menyertai acara tersebut adalah para peserta dari SK MELATI, SK BANDAR TUN RAZAK, SK KERATONG 1 serta pasukan tuan rumah, SK KERATONG 2 yang telah menghantar 2 pasukan.

Untuk pasukan lelaki, SK Bukit Serok hanya menduduki tempat KE EMPAT. Tetapi, pasukan perempuan SK Bukit Serok telah menduduki tempat KE TIGA.

Tahniah diucapkan buat para pelari sekolah. Ia merupakan suatu permulaan yang baik untuk tahun ini. Semoga kita akan berjaya menduduki tempat yang lebih baik di pertandingan yang akan datang.

Wednesday, February 16, 2011

SEKOLAH GANTI

Tarikh : 19 FEBRUARI 2011

Hari : SABTU

Jadual : HARI SELASA

Monday, February 14, 2011

DAPAT GURU BARU

SK Bukit Serok telah mendapat seorang guru kumpulan pertama lepasan Ijazah anjuran Institut Perguruan Guru Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Cik Zam Zanizah Bt. Yatim, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Bahasa Melayu. Selamat datang ke dunia pendidikan yang sebenar.

Selamat mengajar cikgu !

CUTI UMUM

Tarikh : 15 FEBRUARI 2011

Hari : SELASA

Perkara : MAULIDUR RASUL

" 1 MALAYSIA 1 UMMAH "

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6

Hari : ISNIN

Tarikh : 14 FEBRUARI 2011

Masa : 1.15 PETANG

Tempat : BILIK MESYUARAT SK BUKIT SEROK

Thursday, February 10, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD ROMPIN 2011


Tarikh : 10 FEBRUARI


Hari : KHAMIS


Tempat : SMK BANDAR TUN RAZAK



SK Bukit Serok telah menghantar seramai empat peserta yang terdiri daripada RAGAPPAN A/L SELVARATNAM, SHAHRUL NIZAM B. SUDIR HALIM, NURHAIANI A/P NORIS dan SITI NOOR AISHAH BT. MOHAMMAD untuk menyertai kejohanan tersebut. Dengan jarak sejauh 3 kilometer, mereka mampu menamatkan larian tetapi gagal menduduki tempat 20 yang pertama.


Walaubagaimanapun, pihak sekolah tetap berbangga dengan kejayaan mereka.


Wednesday, February 9, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS & PERASMIAN PROGRAM NILAM SK BUKIT SEROK 2011


Tarikh : 11 FEBRUARI 2011

Hari : JUMAAT

Masa : 7.45 PAGI

Tempat : DEWAN TERBUKA SK BUKIT SEROK & PSS SK BUKIT SEROK


ATURCARA MAJLIS

7.30 PAGI MURID - MURID MENGAMBIL TEMPAT

7.35 PAGI GURU - GURU MENGAMBIL TEMPAT

7.45 PAGI MAJLIS BERMULA - UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

7.50 PAGI BACAAN DOA OLEH AL - FADHIL USTAZ R. ISMAIL B. AHMAD

7.55 PAGI UCAPAN ALUAN GURU PERPUSTAKAAN MEDIA,
ENCIK MOHAMMAD B. IBRAHIM

8.10 PAGI UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR SK BUKIT SEROK,
ENCIK HALIM B. JAMALUDIN

8.25 PAGI PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS

8.40 PAGI BACAAN IKRAR OLEH PENGAWAS PSS

8.45 PAGI MURID - MURID KEMBALI KE KELAS

8.50 PAGI KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS OLEH
PEGAWAI PERPUSTAKAAN DAERAH ROMPIN,
YM TUAN KHAIRUL AZHAR B. TUAN KUNING

10.15 PAGI REHAT

10.45 PAGI KURSUS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN OLEH
PEGAWAI PERPUSTAKAAN DAERAH ROMPIN,
YM TUAN KHAIRUL AZHAR B. TUAN KUNING

12.00 MAJLIS BERSURAI
TENGAHARI

Wednesday, January 26, 2011

CUTI TAHUN BARU CINA

Pihak sekolah akan bercuti selama 1 minggu bermula dari :

31 Januari ( Isnin )
sehingga
6 Februari ( Ahad ) 2011.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina !

Thursday, January 20, 2011

SEKOLAH GANTI

Tarikh : 22 Januari 2011

Hari : Sabtu

Jadual : Hari Isnin

* Menggantikan Cuti Tahun Baru Cina *

Friday, January 14, 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2011

Tarikh : 17 JANUARI 2011

Hari : ISNIN

Masa : WAKTU PERHIMPUNAN

Tempat : DEWAN TERBUKA SK BUKIT SEROK

Wednesday, January 12, 2011

MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM 2011

Tarikh : 19 Januari 2011

Hari : Rabu

Masa : 1.15 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bukit Serok

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Aluan Pengerusi - GPK Pentadbiran

2. Bacaan Doa

3. Ucapan Penasihat - Guru Besar

4. Ahli Jawatankuasa Kokurikulum 2011

5. Takwim Kokurikulum 2011

6. Aktiviti Kokurikulum 2011

7. Penyerahan Surat Perlantikan AHli Jawatankuasa Kokurikulum 2011

8. Hal - hal lain

BANJIR DI SK BUKIT SEROK 2007

BANJIR DI SK BUKIT SEROK 2007
Laluan masuk ke sekolah

Blok C

Kantin