SEJARAH PENUBUHAN SK BUKIT SEROK

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Serok bersempena dengan nama kampung ini. Pada ketika itu, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ). Sebelum sekolah ini dibina, murid – murid sekolah ini bersekolah di Kampung Bukit Serok Lama.

Pada peringkat awal, sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok. Ia telah dibina dengan menggunakan dinding kulit kayu dan beratapkan daun nipah. Semasa murid – murid tahun pertama memulakan persekolahan, sekolah ini masih lagi dalam pembinaan. Peralatan asas tidak mencukupi dan tidak lengkap sepenuhnya. Ketika itu, murid – murid hanya duduk di atas bangku kayu yang dibuat oleh penduduk kampung.

Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah tanpa sekatan dinding. Pada peringkat awal, cuma terdapat seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Yusof Abdullah. Kemudian beliau telah dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang juga orang tempatan iaitu Cikgu Chupak ( kini Batin Chupak ) dan Cikgu Lolam.

Selepas Cikgu Yusof meletakkan jawatan pada tahun 1968, sekolah ini telah menerima dua orang tenaga pengajar dari JHEOA. Dalam tahun tersebut juga sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah dibina oleh JHEOA. Pihak jabatan juga membina sebuah bangunan asrama, dewan makan dan dapur. Asrama ini dibina bertujuan untuk menampung murid – murid miskin dan yang tinggal jauh dari sekolah.

Pada tahun 1971, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sebahagian daripada pengurusan sekolah dari JHEOA. Sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru pada tahun 1989, termasuk sebuah asrama ( Asrama Desa ), dewan makan dan dapur. Selepas itu, pada tahun 1990, sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat pula. Ia mengandungi enam buah bilik darjah dan mula digunakan pada tahun 1995. Pada bulan September 1998, penantian pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah kantin akhirnya tercapai jua. Walaubagaimanapun saiz kantin yang ada sekarang kurang selesa dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.

Bulan Januari 2002, sekolah telah mendapat dua blok bangunan tambahan dan juga bangunan asrama yang boleh menampung 100 orang penghuni. Bangunan ini telah mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2004.

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK BUKIT SEROK SESI 2011

1. EN. HALIM B. JAMALUDIN - GURU BESAR



2. TN. HJ. MOHD. NORDIN B. MOHD. NOOR - GPK PENTADBIRAN



3. EN. KAMARZAMAN B. HJ. BAHARUDDIN - GPK HEM



4. EN. MOHD. JANI B. SIKAS - GPK KOKURIKULUM



5. EN. MOHAMMAD B. IBRAHIM - GURU PERPUSATAKAAN MEDIA



6. EN. BAHARUDDIN B. HASSAN - SU PEPERIKSAAN



7. EN. MOHD. ASRI B. YAACOB - GURU DATA



8. PN. HAMSARIZAH BT. HAMZAH - GURU PEMULIHAN



9. CIK FARAH WAHEEDA BT. JOHARI - GURU PRA SEKOLAH



10. YM HJH. TG. NORHADZAN BT. TG. IBRAHIM - KP BAHASA MELAYU
11. CIK NURUL FARIDAH AMINAH BT. MOHAMED -
KP BAHASA INGGERIS
12. EN. MOHD. HASWARI B. HASSAN -
KP MATEMATIK
13. EN. ZULKHAUBRI B. ABD. GHANI -
KP SAINS
14. USTAZ R. ISMAIL B. AHMAD -
KP PENDIDIKAN ISLAM
15. PN. NOORMAZIANIE BT. NORYA -
KP PENDIDIKAN MORAL
16. PN. ROSNAH BT. MANAB -
KP PENDIDIKAN SENI
17. PN. KAMSIAH BT. TAPIS -
KP PENDIDIKAN MUZIK

18. PN. HJH. ZULHARANI BT. HASHIM - KP PENDIDKAN SIVIK
19. PN. FAIZAH BT. ROSLAN
20. PN. ROHANI BT. YASIN
21. EN. ZAINAL RIDZUAN B. ZAINAL ABIDIN
22. PN. NORMARIANA BT. MAT JAIS
23. PN. FARAHIYAH BT. MOHAMAD
24. CIK ZAM ZANIZAH BT. YATIM

25. CIK ATIQAH BT. SUKIRAN - GURU J - QAF

26. PN. ZAIDATUN HASIMA BT. SA'ADAN - PEMBANTU TADBIR

27. EN. MUHD. SHAHIR B. HAMZAH - PENYELIA ASRAMA
28. PN. ROSNAH BT. IBRAHIM - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( ASRAMA )
29. CIK MARAZILA - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( ASRAMA )
30. PN. NOR IDAYU - PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( PRA SEKOLAH )
31. EN. SANI B. JUSOH - PEMBANTU AM PEJABAT



Thursday, July 3, 2008

SEMAKAN " TIME BASED " DGA32

Untuk menyemak Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat PPPLD Gred DGA32 Secara “ Time - Based ”, sila klik pautan di bawah :

http://apps.emoe.gov.my/npangkat/

2 comments:

Borhan Mohamed Dali said...

Assalaamualaikum Cikgu!
Saya pernah bertugas di SK Bukit Serok tahun 1979 - 1981. Waktu itu muridnya 56 orang 6 darjah. Gurunya tiga, Cikgu Ishak Sulaiman (acting GB), Wan Hassan Wan Mahmood, Borhanudin Mohamed Dali (view my profile). Pembantu Pelajarannya Pn. Sarimah Yusof isteri kepada Cikgu Hamzah Eya Sing anak jati Bukit Serok. Murid saya antaranya Kamsiah bte Tapis, Nora bte Tapis, Mah bte Bayam, Asiah bte Bunga, Zarina bte Zainal, Hamdan bin Lolam, anak Cikgu Chumpak (sekadar yang saya ingat). Saya dengar Kamsiah bte Tapis dah jadi cikgu. Wallahu a'lam.

Saya sayang kat Bukit Serok sebab ia menjadi wadah kepada kenangan manis selama tiga tahun saya berkhidmat di sana.

Kalau cikgu sudi, 'link' kan blog saya http://borhandali.blogspot.com dengan blog SK Bukit Serok. Mungkin saya boleh menambah khazanah sejarah SK Bukit Serok.

Saya akan selalu memantau blog cikgu untuk mengembalikan nostalgia saya. Terima kasih.

Borhan Mohamed Dali said...

Terima kasih kerana me'link'kan blog saya di dalam blog SK Bukit Serok ini. Semoga hubungan ini akan lebih rapat lagi di masa akan datang.

BANJIR DI SK BUKIT SEROK 2007

BANJIR DI SK BUKIT SEROK 2007
Laluan masuk ke sekolah

Blok C

Kantin